Tuesday, June 30, 2009

Warkah untuk mu..

Assalamualaikum di ucapkan kepada akak ku, Nurul Akmal.

Aku tahu kamu di sana sihat2 saja
Aku tahu sebab kamu tak jauh dariku
Tidak sebatu, sejengkal pon tidak.

Seharian kita gembira bersama
Suka duka kita kongsi
Gelak mu menjadi gelak ku jua
Sakit mu menjadi duka ku jua
Sepetang kita bermain
mengejar bulu tangkis ke sana ke mari
Sepetang kita bercerita
Sepetang kita bergurau senda
Dan sepetang juga kita berduka lara.
Tapi tertangkis kah perasaan mu yang parah itu?
Dapat terubatkah ia menjadi penawar dlm hidup mu?
Aku tahu ianya amat sukar.
Dan aku memahaminya.
Kerna aku juga pernah melaluinya.
Walaupon dulu aku pernah menyalahkan mu
Kerana kataku dulu, engkau lah penyebabnya.
Tapi sekarang aku pasrah.
Sesakit mana pun perasaan ini,
akan ku hadapinya jua
dengan penuh ketabahan.
Kerana aku yakin,
ini adalah ujian hebat buat ku.

Dan sekarang aku tahu hatimu parah.
Sabarlah,
langit tak selalunya cerah,
pelangi tak selalunya muncul,
burung-burung juga jarang bersiulan.

Andai itu takdirmu,
redhalah..
Usah di tangisi lagi
kerana ia akan menjadikan dirimu lemah.
Lemah tiada daya.
Dan akhirnya tersungkur di lautan kesedihan ciptaan mu sendiri.

Kita adalah diri kita.
Kita bukan org lain.
Tak perlulah ada yang lain untuk menilai dirimu,
kerana kita lebih tahu siapa diri kita sendiri.
Andai ada yang menghinamu
jangan di lupa
kamu masih ada keluarga
yang setia bersamamu.
Kamu masih ada kami,
yang menyayangi mu
yang menyokong mu.
Sejahat mana tingkah laku mu,
seburuk mana perangai kamu.
Tidak pernah kami buang kamu
dari hidup kami.

Lotsa ♥,
Adik mu

2 comments:

  1. hukhukhuk.....touching molek ai rasa...
    uwaaa.....
    tp ketahuilah oleh mu...
    akak suka ada adik sepertimu...
    mmg benar kekdg kita bertengkar,bergurau,bermanja dan ber bagai ber lagilah...
    kau tetap adikku sampai ke akhir hayat...
    semoga hari yang akan mendatang membawa sinar kebahagian buat kita semua huhu
    x reti nak guna bhsa bunga2... nnt g Wee Garden kak wei r bunga....itu lbh senang lalala

    ReplyDelete
  2. haha..
    love u too sis
    hope to see u happy always ^^

    ReplyDelete